Sebelum ‘Tewas’ Kepada Kanser Hati, Bapa Tulis 19 Kad Hari Lahir Untuk Anaknya

Seorang lelaki disahkan menghidap kanser hati tahap akhir sewaktu anaknya berusia 16 bulan. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk menulis 19 pucuk surat untuk ulang tahun anak perempuannya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Walau bagaimanapun, selepas setahun menjalani pembedahan hati di tanah besar China, lelaki tersebut meninggal dunia. Kisah sedih ini diperoleh daripada posting yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Bella Chu di Facebook.

Imej di bawah menunjukkan 19 sampul surat yang telah ditandatangani oleh mendiang suaminya semasa minggu-minggu terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 2006.

Sumber: Bella Chu

Menerusi perkongsiannya, Bella Chu berkata bahawa anak perempuannya itu dilahirkan pada Januari 2005 manakala mendiang suaminya meninggal dunia pada Mei 2006. Suami kepada Bella dikatakan meninggal dunia ketika anak perempuannya berusia setahun dan empat bulan.

Dia juga mendedahkan bahawa mendiang suaminya sempat menulis satu persatu kad hari lahir untuk anak perempuan mereka walaupun mendiang sedang bertarung melawan penyakit pada bulan terakhir.

Kad hari lahir tersebut bermula dari 2007 semasa hari ulang tahun kedua anak perempuan mereka sehingga dia berumur 20 tahun pada 2025.

Bella telah menyimpan kad-kad tersebut kerana anak mereka masih muda. Dia mahu memberikan kesemuanya apabila remaja tersebut semakin membesar.

Anak kepada Bella kini belajar di sebuah sekolah menengah dan tinggal di asrama sekolah sementara dia bekerja di tanah besar China.

Bella yang kini bekerja di Beijing, China memberitahu anaknya yang kini berusia 14 tahun, “Saya akan pergi esok, jadi saya tinggalkan semua surat ini kepada kamu. Saya tidak pernah membuka sampul-sampul ini dan tidak pernah terfikir pun untuk membukanya. Mendiang bapa kamu telah meninggalkan kesemua surat ini untuk kamu, menghantar pesanan-pesanan yang menjangkau masa dan ruang.”

Sumber: Bella Chu

Kepada yang meragui kasih ayah hingga hujung nyawa, mendiang lelaki ini merupakan bukti bahawa kasih ayah terhadap anak dibawa hingga syurga.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca