“Sebelum Ni Tengok Dalam Drama Je,” Ibu Ini Tertukar Anak Di Hospital

“Sebelum ni kita tengok kat dalam drama je, tapi perkara ini terjadi pada diri sendiri.” Begitulah kata-kata seorang ibu berusia 22 tahun itu apabila menyedari bahawa anaknya tertukar dengan bayi orang lain.

Kisah bayi tertukar tersebut tular apabila wanita tersebut, Siti Suriani Wahiddin, membuat perkongsian dalam Facebook Live pada Sabtu malam yang lalu.

Si ibu memberitahu menerusi Facebook Livenya itu betapa risaunya dia apabila mendapat tahu bahawa anak yang dipegangnya itu bukanlah anak kandungnya.

Dia kerap memikirkan di manakah anaknya berada, dengan siapa dan bagaimanakah keadaan dia.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall itu berkata dia mula menyedari bayi itu bukan anaknya setelah pulang ke rumah ketika suaminya yang juga berusia 22 tahun itu hendak memotong tanda nama pada kaki bayi itu.

Kejadian tersebut berlaku sesudah dia pulang dari sebuah hospital di Shah Alam. Ketika suaminya ingin membuang tanda nama pada kaki bayi tersebut, dia mendapati bahawa nama yang tertera pada tanda nama itu berbeza dengan nama si ibu dan terus bertanya kepadanya.

Dia turut menjelaskan bahawa mereka ada mengambil gambar anaknya setelah melahirkan seorang bayi lelaki sebelum anaknya itu dibawa ke nurseri.

Pada awalnya, mereka berasa pelik kerana anaknya kelihatan berbeza tetapi mereka hanya menyedapkan hati dengan berkata mungkin muka bayi berubah.

Merujuk kepada tanda nama itu, bayi itu dipercayai dilahirkan pada pukul 3 petang 10 Jun yang lalu.

Dia dan suaminya menghubungi pihak hospital berhubung perkara tersebut sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam dan kemudiannya melakukan pengesahan berlakunya pertukaran bayi.

Setibanya pasangan suami isteri itu di hospital, mereka telah dibawa oleh pihak hospital untuk berjumpa ibu bapa yang juga tertukar bayi dengan membawa pulang anaknya.

Sumber: MyKmu

Menurut MStar, Siti berkata, “Bila kami dibawa jumpa dengan anak kami yang sebenar, saya tak tengok tag dah. Saya terus teringat muka anak saya yang pertama. Memang iras dengan wajah abang dia yang berusia setahun dan enam bulan.”

Untuk mendapat kepastian, suaminya bertanyakan kepada kedua-dua pasangan tersebut tentang corak penyusuan bayi berkenaan.

Salah satu soalan yang suaminya tanyakan ialah sama ada betul atau tidak anak itu susah untuk minum susu dan muak kerana dia mengetahui perangai anak yang pertama juga bersikap seperti itu.

Bayi itu juga dikatakan sukar untuk minum susu dan cepat berasa muak.

Ketika mereka baru sahaja membawa pulang bayi yang bukan miliknya itu, Siti berasa pelik kerana anak itu berlainan dan lebih kuat meminum susu berbanding abangnya.

Namun, pada ketika itu si ibu hanya menganggap bahawa setiap anak ada perbezaannya.

Dalam pada itu, Siti Jamumall tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila mengetahui dia telah menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak orang lain yang tertukar itu.

Walau bagaimanapun, dia tetap rasa bersyukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan anak lelakinya itu.

Dia terpaksa membawa anaknya ke hospital semula untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh memandangkan anaknya itu telah dibawa keluar dari hospital sehari lebih awal daripada yang ditetapkan.

Siti menjelaskan bahawa dia akan mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam mempertimbangkan tindakan selanjutnya sebagai pengajaran bagi pihak hospital.

Anak siti jamumall tertukar buletin TV3

Anak siti jamumall tertukar buletin TV3

Posted by Jamumall.com on Sunday, June 13, 2021

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca