Sebar Berita Palsu COVID-19, Pesara Didenda RM5,000

Seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah hari ini didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19.

Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu ke atas Aliuudin Amit, 67, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengesahkan satu kenyataan dalam aplikasi WhatsApp mengatakan seorang banduan meninggal dunia kerana Covid-19 di Penjara Sandakan.

Kesalahan dilakukan di Lot 70, Jalan Selusung, Taman Sempelang, Kota Kinabalu pada 9.34 malam, pada 23 Januari lalu.

Edaran kenyataan itu dibaca oleh pegawai di Pejabat Timbalan Penguasa Jabatan Penjara Sandakan pada 10.46 pagi, pada 24 Januari yang lalu.

Aliuudin didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh dikatakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, persalah yang tidak mewakili peguam, berjanji tidak mengulangi kesalahan itu dan bertegas dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa atas perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Franklin Ganggan Bennet memberitahu mahkamah rayuan bukan faktor utama untuk mempertimbangan hukuman ringan.

Sebaliknya, beliau berkata mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam berikutan kesalahan itu adalah serius dan boleh menyebabkan ketakutan dan kegusaran masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi jangkitan novel koronavirus 2019, bermula pada semalam.

Untuk artikel yang berkaitan koronavirus, sila pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca