Sebahagian Badan Dimakan Hidup-Hidup Oleh Pihak Musuh, Ini 4 Kisah Menyayat Hati Daripada Sejarah Perang

Perang merupakan suatu sejarah yang menakutkan, begitu jugalah yang digambarkan oleh veteran-veteran tentera perang dahulu dan juga filem-filem perang.

Mereka yang pernah terlibat dengan perang ini sering melihat jasad-jasad manusia yang bergelimpangan. Perang juga tidak hanya barakhir dengan perjanjian kedamaian dan gencatan sahaja tetapi kematian jutaan nyawa tetap menjadi penanda dalam sejarah bahawa tragedi buruk itu akan menghantui generasi-generasi di masa hadapan.

Berikut ialah empat kisah menyayat hati ketika berlakunya perang.

1. Luka kecederaan dialami tentera terdedah kepada infeksi

Pertempuran Shiloh merupakan adalah permulaan kepada tercetusnya Perang Saudara yang paling dahsyat dan meragut jutaan nyawa. Ketika perang ini, 3,000 orang mati dan lebih 16,000 orang cedera.

Mereka yang mengalami kecederaaan ketika perang ini berdepan dengan jangkitan kuman ketika mereka duduk di lumpur dan menunggu bantuan. Banyak yang mati kerana jangkitan ini namun ketika malam kunjung tiba mereka secara mendadak telah sihat kembali.

Bill Martin yang ketika itu berusia 17 tahun menjelaskan kejadian aneh itu. Memandangkan ibunya seorang saintis mikrobiologi, dia melawat pesakit-pesakit di medan perang tersebut dan mendapati bahawa simptom pesakit mempunyai banyak persamaan dengan kajian yang dijalankan ibunya mengenai bakteria bioluminescent.

Nematoda, cacing parasit yang memuntahkan bakteria bercahaya dan itu membantu tentera yang tercedera melawan jangkitan kuman yang membawa kematian itu.

2. Duka para wanita ketika Perang Dunia I

Ketika Perang Dunia I, jutaan wanita Brtish terpaksa bekerja di kilang-kilang ketika suami, ayah atau adik-beradik lelaki mereka keluar bertempur di medan perang.

Mereka ini bekerja di kilang pembuatan peluru yang mengakibatkan kulit mereka menjadi kuning dan rambut menjadi putih kerana terdedah dengan bahan kimia beracun selama lebih 12 jam setiap hari.

Para wanita ini berdepan dengan risiko kerosakan hati, penyakit kuning yang beracun dan melahirkan bayi berkulit kuning (bayi kenari) yang sangat tinggi.

Selain jumlah kematian yang sangat tinggi, kilang peluru itu juga sering menjadi sasaran pengeboman musuh ditambah lagi dengan percikan api sehingga menyebabkan ledakan dahsyat berlaku di kilang tersebut.

Letupan itu menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan jari, tangan, penglihatan dan lain-lain.

3. Tahanan perang dimakan hidup-hidup

George H.W. Bush adalah bekas juruterbang pesawat tempur yang bertanggungjawab ke atas serangan bom di pulau Chichijima, Jepun ketika Perang Dunia II. Dalam satu misi khas, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) tersebut meninggalkan pesawatnya dan menjadi satu-satunya anggota yang terselamat daripada pasukannya. Sementara, anggota pasukannya yang lain ditahan oleh tentera Jepun.

Tentera AS yang ditahan pasukan Jepun itu diseksa dan dihina dengan cara yang tidak masuk akal.

Jepun sangat marah terhadap AS dan kerana ingin membalas dendam, tentera Jepun bertindak memakan sebahagian jasad-jasad tentera AS terbabit.

4. Fragging

Perang Vietnam adalah perang yang mengerikan, begitu dahsyat sehingga tentera AS terpaksa berikhtiar untuk kekal hidup apabila para komander mereka cuba membunuh mereka dengan melancarkan latihan yang disebut fragging.

Pembunuhan itu melibatkan sebuah bom tangan kecil yang dilemparkan ke dalam khemah petugas yang sedang tidur dan bom itu tidak hanya membunuh pemuda terbabit namun bukti pembunuhnya juga hilang begitu sahaja.

Serangan kejam itu sering terjadi dan setidak-tidaknya 800 percubaan membunuh dilakukan yang mengakibatkan 86 kematian dan sekitar 700 orang tercedera. Sejarawan mendapati angka kematian mungkin lebih daripada itu.

Kejadian ini berlarutan sehingga ada di antara mereka terpaksa mengambil langkah ekstrem seperti Major Colin Powell yang tidak pernah tidur di tempat sama selama dua malam berturut-turut dan Senat Roy Moore yang meletakkan karung-karung pasir di hadapan khemahnya.

Perang merupakan sejarah pahit namun percaya atau tidak hal seperti ini masih terjadi pada zaman ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca