Sebagai Tanda Sokongan, Wanita Di New Zealand Pakai Tudung Jumaat Ini

Tragedi solat Jumaat di Christchurch yang menimpa umat Islam memberi impak yang sangat besar di serata dunia, khususnya buat warga New Zealand. Susulan insiden itu, seluruh rakyat New Zealand bersatu memberi sokongan tidak henti kepada masyarakat Muslim di sana sejak Jumaat lalu.

Satu inisiatif bagi menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di Christchurch sebuah gerakan persendirian iaitu ‘Scarves in Solidarity’ menjalankan kempen pemakaian tudung pada hari Jumaat ini bagi kaum wanita di New Zealand.

Kempen memakai tudung ini dijalankan demi memberi penghormatan kepada masyarakat Muslim serta keluarga mangsa dalam tragedi tembakan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

Hebahan kempen ini dibuat melalui entri di Facebook yang memuat naik poster dalam halaman Facebook mereka pada Selasa.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden juga turut mengenakan hijab hitam sebagai tanda penghormatan ketika berjumpa komuniti Muslim di Christchurch pada Sabtu lalu.

Dengan memakai tudung, langkah ini dijangka menjadi penyatuan hati dan perpaduan rakyat New Zealand bersama wanita Muslim dalam menentang keganasan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca