KONGSIKAN

“Sebagai bapa, YB nak anak YB pakai stoking warna apa?”

Berikut merupakan soalan yang diajukan oleh pengacara program Soal Rakyat, Ally Iskandar kepada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Namun jawapan yang diberikan oleh YB nyata mengejutkan.YB Dr. Maszlee menjawab selain memikirkan tentang warna kasut dan stoking untuk anak-anak beliau, beliau berpendapat bahawa lebih penting untuk memastikan dalam sehari anak-anaknya membaca.

Malah beliau menambah dalam tempoh seminggu, sebulan bahkan setahun buku apakah yang dibaca oleh anak-anaknya. Beliau berkata menerusi laman Twitternya bahawa sebagai bapa beliau lebih mementingkan apa yang dibaca oleh anak-anaknya. Malah beliau menambah semasa anak-anaknya di tahap satu beliau memastikan bahawa mereka membaca buku dari siri ‘Help Me To Be Good’ keluaran Grolier sebelum tidur.

 

 

Beliau berkata selain penggunaan bahasa yang mudah buku tersebut juga penuh dengan nilai-nilai murni.

 

 

Apa yang penulis dapat simpulkan disini ialah isu membaca dalam kalangan anak-anak adalah lebih penting dari isu warna kasut dan stoking sekolah. Jadi adakah anda #Malaysiamembaca?

Sumber: Maszlee Malik