Sebab Penyewa Gagal Bayar Sewa, Tuan Rumah Guna Taktik Penghinaan Malukan Penyewa

Kerana berang dengan sikap penyewa rumahnya yang enggan bayaran sewa setiap bulan, seorang pemilik rumah di New York bertindak menggunakan taktik penghinaan bagi memalukan penyewa agar dia membayar sewa dengan segera.

Menurut laporan New York Post, Jean Thompson mengambil tindakan untuk menggantung satu kain rentang bertulis ‘Penyewa di tingkat satu tidak membayar sewa rumah’ setelah penyewa rumahnya itu gagal membayar tunggakan sewa sebanyak AS$17,000 (RM 71,427).

Kain rentang yang dipasang di depan rumah.

Katanya, kain rentang yang dipasang itu adalah bertujuan untuk membuatkan penyewa berasa malu lantas menyegerakan pembayaran sewanya.

Sebelum ini Jean Thompson telah memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Perumahan di Queens.

Namun akibat daripada 200,000 kes pengusiran dari rumah sewa masih tertangguh di bandar itu akibat COVID-19, maka dia memutuskan untuk mengambil cara yang baru, iaitu dengan menggunakan taktik penghinaan tersebut.

Kata anak Thompson, Calvin Jr, kain rentang itu memberikan kesan yang sangat memalukan kepada penyewa rumah terbabit.

“Itu sahaja saluran yang kami ada iaitu kebebasan bersuara. Sepanduk itu berjaya sehingga penyewa, Kathia Lamour cuba menanggalkan notis itu.

“Malah, semasa menghubungi Uber, dia sanggup tunggu di belakang blok bangunan supaya orang lain tidak melihat dirinya keluar dari rumah ini,” kata Calvin Jr.

Kongsi mereka, masalah pada awalnya timbul apabila ibunya bertindak menaikkan harga sewa dari AS$1,800 ke AS$1,900 (RM 7,562 – RM 7,983).

Namun jelasnya, kenaikan itu merupakan satu hal yang wajar kerana harga sewa itu telah tidak berubah selama 9 tahun.

Penyewa tersebut, Kathia, bagaimanapun enggan melunaskan sewa yang dinaikkan lima peratus itu.

Kathia yang sejak musim panas lalu mendapat notis cuti tanpa gaji menjadi bingung dengan peningkatan harga sewa berkenaan.

“Saya fikir kenaikan AS$100 (RM420) selama hampir sedekad adalah tidak munasabah. Ia berlaku tiba-tiba.”

Tambahnya, ramai yang mengalami kesukaran akibat daripada COVID-19 yang melanda. Sebab itu banyak kes pengusiran masih tertunggak di mahkamah.

Apa pendapat anda tentang tindakan pemilik rumah sewa ini? Adakah ia wajar dilakukan atau sebaliknya?

Untuk baca atikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca