‘Scroll’ Sampai Lalai, Ciri Baru TikTok Ingatkan Pengguna Untuk Tidur

Pasti ramai boleh relate dengan senario scrolling di Tiktok sebelum tidur. Dalam hati kata, “Selepas video ni, I akan tutup fon.” Hmm…tak adanya. Sedar-sedar dah banyak masa berlalu!

Sumber: PureWow

Mengikut TechCrunch, Tiktok sedang berusaha untuk membuat fitur peringatan tidur baharu yang juga termasuk beberapa pilihan yang boleh diubahsuaikan.

Dinamakan sebagai Sleep Reminder, antara kebolehannya adalah untuk menyediakan makluman apabila waktu tidur anda tidak dan senyapkan apa-apa notifikasi sewaktu tempoh ‘bedtime’ untuk memastikan kualiti tidur disyorkan selama tujuh jam.

Ciri ini bukanlah perkara baru, terutamanya pada aplikasi penstriman- contohnya seperti Spotify yang ada pemasa jam, dan YouTube ada peringatan untuk tidur.

Sumber: CNET

Walaupun syarikat-syarikat mahukan penggunanya kerap menggunakan produk dan platform mereka, ia tidak boleh dinafikan yang inisiatif untuk mengadakan ciri ini baik untuk mengawal pengguna dari obsesi atau terlalu lalai dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Buat sementara waktu, Sleep Reminder berada di fasa ujian dan hanya dapat digunakan oleh pengguna terpilih di peringkat global, dan masih belum diedarkan secara meluas. Berdasarkan laporan TechCrunch, ciri ini tidak diselarikan dengan masa tidur pada iOS atau Android – sebaliknya pengguna perlu tetapkan masa tidur sendiri.

Tidak dinafikan lagi yang TikTok sudah menjadi anatara aplikasi media sosial paling popular dan telah ramai yang ketagih dengannya. Untuk mengelakkan sebarang masalah, ciri seperti ini disertakan agar pengguna sentiasa berwaspada.

Sumber: GameQuitters

Untuk akaun pengguna berusia 13-15 tahun, notifikasi sudah pun dimatikan pada setiap jam 9 malam sementara mereka yang berusia 16-17 tahun tidak menerima notifikasi selepas pukul 10 malam.

Apa anda rasa? Adakah fitur ini akan berjaya mengingatkan pengguna untuk berhenti guna Tiktok dan tido, atau adakah pengguna akan sambung abaikan peringatan tersebut dan lalai scroll sehingga larut malam?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca