Datuk Rizalman Ibrahim hubungi Permaisuri Agong sendiri bagi memastikan Faizul Surani tidak ditipu oleh ‘scammer‘.
Faizul Surani merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat Datuk Rizalman. Dia hampir ditipu kerana mendapat mesej dari seseorang yang menggelar dirinya sebagai Raja Permaisuri Agong,Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam banyak-banyak ‘scammer‘ di luar sana, kejadian yang berlaku pada Faizul ini menjadi perhatian kerana individu ini sedang menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong.
Datuk Rizalman mendedahkan perbualan mesej “Tuanku Permasuri” bersama Faizul di Instagram. Dalam perbualan tersebut, dia meminta Faizul untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000 kepada seseorang bernama Khairul Ikhwan.
Penyamar ini berani kerana mencuba nasibnya sambil mendedahkan butiran akaun bank persendiriannya kepada orang penting Datuk Rizalman.

Pereka fesyen terkenal itu menasihati pembaca di Instagram agar berhati-hati dengan ‘scammer‘ yang kini sedang cuba menipu orang menggunakan Telegram pula.
Beliau juga mengatakan bahawa dia lega kerana Faizul tidak tertipu dan sempat mendapat kepastian dari Permaisuri Agong sendiri.
Perkara ini sudah berlaku di mana-mana sahaja dan ada juga yang berlaku dalam kalangan sahabat, keluarga atau kenalan.
Anda diminta lebih berjaga-berjaga agar tidak menjadi mangsa seterusnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: