‘Scammer’ Bertindak Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Situasi panik dan gusar kebanyakan manusia di seluruh dunia akibat wabak COVID-19 yang telah membunuh 80,000 orang di seluruh dunia telah dijadikan modus operandi baharu buat para penipu atau scammers untuk mengaut keuntungan.

Terbaharu, melalui satu perkongsian yang dibuat oleh Tech Times, terdapat satu iklan di Own Shop iaitu salah satu pasaran Dark Web yang terkenal di mana mereka menjual darah dan air liurnya yang sembuh daripada wabak COVID-19.

Own Shop turut mendakwa bahawa darah dan air liur tersebut mampu untuk membuatkan seseorang kebal dari wabak COVID-19.

“Saya perlukan duit untuk membiayai keluarga,” kata keterangan produk tersebut. Darah dan air liur dijual pada harga $1,000 bersamaan dengan RM4,000.

Tambah Tech Times, kepercayaan ini wujud selepas mereka mengeluarkan teori bahawa jika anda selamat daripada wabak koronavirus, maka anda akan kebal terhadap kesan wabak ini.

Skandal penipuan ini adalah sebahagian daripada kes-kes penipuan yang lain sepanjang situasi pademik akibat wabak COVID-19.

Mereka telah mengambil peluang untuk mengeksploitasi dan menggunakan ketakutan manusia bagi mengaut keuntungan peribadi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma perisikan global, IntSight, kekurangan kit ujian koronavirus terutamanya di negara seperti Amerika Syarikat membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap produk demikian dalam pasaran gelap.

“Tetapi ‘produk’ ini sama sekali tidak benar, dan pembeli akan ditipu dengan wang mereka,” kata IntSight.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan ‘scammer’ dan kes-kes penipuan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca