Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah mengalami kerugian lebih RM4,000 selepas premis serbaneka miliknya yang bertempat di Dataran Villa Putra, Sungai Buloh dipecah masuk penjenayah dalam kejadian awal pagi Khamis.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, kejadian itu disedari penolong pengurus kedai terbabit sekitar jam 8 pagi selepas mendapati peti besi yang berisi wang hasil jualan telah lesap.
Jelas Shafa’aton, pemeriksaan mendapati tingkap di bahagian tandas telah terbuka. Pada masa yang sama, besi penutup tingkap yang ditanggalkan turut ditemukan di premis itu.
“Penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan dua lelaki bertopi keledar menceroboh masuk ke dalam premis.
Siasatan awal turut mengesan lima cap jari di lokasi kejadian. Usaha memburu suspek masih giat dijalankan,” kata Shafa’aton menerusi satu kenyataan sepertimana yang dilaporkan Sinar Harian.
Memetik laporan media, jumlah kerugian dianggarkan RM4,463.62 di mana ia membabitkan wang tunai RM3,600 selain pelbagai barangan seperti susu bayi dan juga coklat.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pendakwah bebas itu memberitahu tujuannya membuka pasar raya dengan harga barang paling murah adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Ustaz Ebit Lew, anda boleh klik pada pautan di bawah: