“Sayalah Duyung Sebenar.”

Nama dia Cassia ‘Sia’ Shells, berusia 29 tahun dan tinggal di Toronto, Kanada.

Sejak kecil, Sia mengumpul anak-anak patung berupa duyung dan amat meminati makhluk mitos laut itu sehingga mencapai satu tahap di mana dia merasakan dirinya adalah duyung sebenar.

Dalam satu temu bual bersama Barcoft TV, wanita ini sangat suka duyung sebab mereka rebel dengan cara tersendiri selain cantik dan misterius.

Namun begitu, dia membayangkan yang makhluk tersebut mungkin mempunyai mata yang ganjil seperti ikan laut dalam kerana tekanan di bawah laut.

Sia yang juga pemuzik dan influencer ini turut menghias rumahnya mengikut tema duyung di mana kebanyakan peralatan berwarna serba biru, bersinar bling-bling dan bersisik.

Mujurlah dia mempunyai seorang tunang yang memahami dan menyokong minatnya. Adrian, tunangnya itu juga sukakan laut dan gemar bercuti di kawasan tropika untuk berenang.

Selain itu, Sia menyimpan dua ‘ekor duyung’ realistik yang ditempah khas berharga kira-kira RM 8,000 di dalam bilik tidurnya. Wanita berambut biru ini kerap pergi ke kolam renang untuk berlatih berenang dengan ekor-ekor tersebut.

“Oh My God. Semasa pertama kali menyarungkan ekor, saya rasa impian menjadi kenyataan.” katanya.

Obsesi Sia ini memandunya untuk mulakan langkah meningkatkan kesedaran tentang laut dan pemuliharaan hidupan laut menerusi akaun Instagram dan YouTube.

“Saya memang guna saluran itu untuk sebarkan kesedaran tentang pemuliharaan laut, terumbu karang dan pencemaran. Sebab saya rasa itu sangat penting. Ia sebahagian cinta saya pada laut.”

“Kehidupan duyung ini akan menjadi sebahagian hari-hari dalam hidup saya untuk selama-lamanya.” ujarnya lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca