“Saya Wanita Tulen”, Warga Emas Kongsi Kisah Sebelum Lumpuh Separuh Badan

saya-wanita-tulen-warga-emas-kongsi-kisah-sebelum-lumpuh-separuh-badan

Tular baru-baru ini, seorang wanita tulen mempunyai masalah hormon testosteron yang tinggi hingga menyebabkan wajahnya kelihatan seperti lelaki kerana ditumbuhi misai dan janggut.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Che Halimah Che Mood, 62 memberitahu bahawa masalah tersebut telah membelenggu hidupnya sejak berusia 20-an.

Bukan itu sahaja, beliau perlu mencukur janggut dan misainya 2 atau 3 kali seminggu agar tidak kelihatan seperti kaum lelaki.

“Saya wanita tulen. Bukan lelaki,” ujarnya.

saya-wanita-tulen-warga-emas-kongsi-kisah-sebelum-lumpuh-separuh-badan
Sumber: Youtube

Dikhabarkan, Che Halimah juga pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali dan tidak mempunyai anak.

“Selama berpuluh-puluh tahun, saya perlu bercukur agar tidak dipandang pelik oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar yang menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.”

Menurut beliau, dia diserang angin ahmar sejak lapan tahun yang lalu.

“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, NUr Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

“Bahkan juga, Nur Asmira selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu misai dan janggut saya ini, agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka, Kampung Batu Karang.

Wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar telah mengunjungi Che Halimah untuk menyampaikan sumbangan berupa kewangan, barangan keperluan serta lampin pakai buang.

Menurutnya, beliau mendapat bantuan sebanyak RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

“Saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran ketika masih sihat dan kuat.

“Sebolehnya, saya tidak ingin menyusahkan orang sekeliling, namun apakan daya apabila saya diuji yang kini hanya mampu terbaring saja jika tidak dibantu oleh sesiapa,” tambah beliau.

Sebelum ini, beliau mengakui bahawa dia tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalahnya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan keyakinan dirinya berkurang.

Sumber: Youtube

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca