Media sosial kali ini dikejutkan dengan berita tentang perkahwinan sepasang mempelai dari negara jiran iaitu Indonesia. Yang menjadi perbualan ramai adalah apabila mempelai lelaki ternyata 40 tahun lebih berusia daripada umur mempelai perempuan.
Ini bermakna, umur pengantin lelaki adalah 70 tahun manakala mempelai perempuan berusia 28 tahun. Menurut laporan media Solopos, perkahwinan ini dilangsungkan selepas empat bulan mereka bertemu.
Malah, lebih klasik lagi apabila pertemuan pertama antara dua pengantin ini terjadi sewaktu mereka berdua pergi ke hutan untuk mengambil air. Sejak pertemuan itu, datuk berusia 70-an ini dikatakan sering berkunjung ke rumah isterinya iaitu Reda Vadela.
Foto perkahwinan mereka yang tersebar meluas di Internet bagaimanapun menerima komentar atau kritikan daripada warganet. Rata-rata warganet menyatakan bahawa perkahwinan yang dilangsungkan hanyalah bertujuan kerana harta semata-mata.
Kritikan semberono itu akhirnya terhenti apabila warganet mengetahui tentang jumlah sebenar hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan.
Wang hantaran yang diserahkan sewaktu akad nikah ternyata hanyalah sebanyak 50,000 Rupiah iaitu bersamaan dengan RM15 sahaja.
Reda sempat menjelaskan meskipun jarak usia antara mereka adalah terlalu jauh, dia sedikit pun tidak berasa malu, malah bahagian kerana dapat berkahwin dengan lelaki berkenaan.
Ditambah lagi dengan pengalaman membesarkan keluarga dan sifat penyayang lelaki tersebut telah menambahkan lagi rasa cinta dalam diri Reda. Apalah daya dan kudrat manusia untuk halan atau pertikaikan setiap ketentuan Tuhan. Ini sudah jodoh mereka berdua. Semoga kakek dan isteri hidup bahagia hingga ke Jannah.