Saya Tidak Akan Minta Maaf – Bekas Miss Universe Malaysia

Bekas ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James memberitahu beliau tidak terkesan dengan sebarang komen dan kritikan yang diterimanya di media sosial.

Tambahan lagi, beliau juga tidak akan membuat sebarang permohonan maaf atas apa yang berlaku biarpun ada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian.

“Maaflah komen sebegini tidak mendatangkan rasa empati kepada diri saya seperti yang anda harapkan. Saya tidak akan meminta maaf langsung atas semua ini.
Β 
Saya juga menangis, dan merasai keperitan anda (anda boleh tanya keluarga saya dan kawan rapat), saya berasa simpati dengan cara saya sendiri, secara privasi, bukan secara terbuka.
Β 
Hanya kerana saya tidak memuat naik video memaparkan diri saya menangis, itu tidak bermaksud saya tak bersimpati dengan apa yang terjadi,” katanya dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Jelas Samantha, setiap individu perlu melakukan terlebih dahulu satu-satu perkara sebelum meminta orang lain untuk berbuat perkara yang sama terhadap mereka.

“Anda mahu empati, anda tunjukkan rasa empati terlebih dulu. Anda mahu kata-kata maaf, anda perlu ucap maaf terlebih dulu.
Β 
Anda mahu saya faham anda, anda lakukan dulu. Saya tak mahu apa-apa daripada anda, jadi tiada apa yang saya perlu lakukan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Samantha menerima kecaman daripada warganet setelah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan berbaur perkauman apabila menyentuh isu orang kulit hitam di Amerika Syarikat susulan pemergian George Floyd.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca