“Saya Tidak Akan Menjawab Segala Tohmahan.” – Aliff Syukri

Setelah menghadapi pelbagai kontroversi, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberikan amaran kepada netizen untuk tidak mengeluarkan spekulasi terhadap kes terbaru beliau. Pesanan tersebut disampaikan melalui ruangan Instagram Story miliknya, semalam.

“Jangan memberi spekulasi yang tidak betul yang boleh memalukan saya,” ujarnya kepada warganet di Instagram Story.

Perkara ini merujuk kepada kes beliau telah didakwa memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun. Bagaimanapun, Datuk Seri Aliff Syukri dibebaskan atas jaminan pihak polis.

Datuk Seri Aliff Syukri mengulas tidak akan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh warga net. Beliau memberitahu bahawa kes tersebut masih belum selesai lagi. Oleh itu, orang awam dinasihati supaya menantikan sahaja keputusannya.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri meriliskan teaser single terbaru di laman sosial Instagram miliknya. Lagu tersebut akan dikeluarkan pada Jumaat atau Isnin hadapan.

Teaser tersebut menunjukkan beliau menitiskan air mata darah. Mungkinkah video ini mendapat pengaruh daripada Billie Eilish? Sama-sama kita nantikan single terbaru Datuk Seri Aliff Syukri.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca