Saifuddin Bin Illias, 26, atau nama komersialnya Safiey Ellias, telah selesai menjalani pembedahan membuang payudara palsu atau implan silikon baru-baru ini.
Ini adalah hijrahnya yang merupakan kali kedua dan beliau nampak benar-benar tekad untuk merubah dan berada di pangkal jalan seperti seorang lelaki sebagaimana fitrah asalnya.
Postingan beliau baru-baru ini di laman Instagram miliknya telah mendapat ribuan reaksi daripada netizen dan rata-ratanya mendoakan beliau kekal istiqamah dalam penghijrahannya kali ini.
Menurut postingannya itu, beliau meminta agar mereka di luar sana tidak berharap terlalu tinggi kerana dia masih mencari hidayah Allah S.W.T.
“Saya tetap lelaki biasa yang ada dosa dan hina. Saya tidak maksum tapi saya janji akan masih pakai pakaian lelaki walau ke manapun saya pergi.”
“Saya hijrah bukan untuk jadi ustaz. Cuma berhijrah menjadi lelaki kembali dan perbetulkan kesalahan diri. Janganlah berharap terlalu tinggi sangat sebab saya masih mencari hidayah. Andai saya ada berbuat salah saya minta maaf,” coret Safiey dalam statusnya itu.
Beliau memohon kepada rakyat Malaysia agar memberi peluang dan ruang kepada dirinya. Jangan cepat jatuh hukum kepada dirinya malah beliau mengaku bahawa beliau memang insan yang hina.
“Sama-sama kita jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Maaflah kalau nampak saya pakai beg tangan tetapi saya sudah mula masuk tandas lelaki,” tambah Safiey lagi.
Gagal semalam tiadak bermakna hari ini turut akan gagal. Begitu juga Safiey. Hijrahnya yang dulu gagal istqamah tidak bermakna kali ini juga tidak berjaya bertahan.
Kadangkala, kegagalan semalam memberi peringatan untuk kita pada hari ini.
Banyak ahli syurga yang merupakan pendosa. Banyak juga ahli neraka yang tahu menghukum orang lain tetapi tidak nampak dosa sendiri.