“Saya Terkejut Dengan Pendedahan Ini.” – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terkejut dengan rakaman audio dipercayai perbualan antara beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa pengawai kanan kerajaan seperti yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan yang kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah menegaskan, beliau akan menkaji terlebih dahulu kandungan rakaman berkenaan serta merujuk kepada peguamnya.

“Ini tidak pernah dilakukan dalam negara ini. Masanya pula berlaku pada Pilihan Raya Kecil Kimanis.”

“Saya akan bincang dengan peguam saya terlebih dahulu,” kata Najib menjawab pertanyaan pemberita ketika ditemui pada waktu rehat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini.

Sedutan video rakaman wawacara itu dikongsi di akaun Facebook miliknya.

Ketika ditanya mengenai rakaman perbualan telefon tersebut, beliau mahu kaji dahulu tindakan undang-undang yang boleh dilakukan.

“Masa itu saya ketua kerajaan,” katanya lagi.

Dalam kemaskini yang sama, beliau meminta orang ramai untuk memberinya sedikit masa untuk mendengar dan mengesahkan butiran yang disebutkan.

Untuk baca artikel yang berkaitan politik Malaysia, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca