“Saya Terima Dia Seadanya,” Atuk Ini Selamat Nikahi Wanita 73 Tahun Lebih Muda

Selepas lapan tahun hidup sendiri setelah pemergian isteri tercinta, seorang warga emas memilih untuk mengakhiri zaman dudanya dengan seorang wanita yang 73 tahun lebih muda daripadanya.

Menurut laporan media tempatan, Muhammade yang didakwa berusia 103 tahun selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hati, Ido Ajeng, 30, pada tanggal 26 Februari lalu di Sulawesi Selatan.

Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas video perkahwinan mereka tular di media sosial.

Majoriti masyarakat kaget dengan penyatuan itu selain berasa kagum kerana pasangan berkenaan dilaporkan rela menerima satu sama lain meskipun mempunyai jarak usia yang sangat ketara.

Menerusi rakaman video pernikahan mereka yang tular, Muhammade dilihat memakai sepersalinan sut serba hitam sambil dipimpin seorang lelaki untuk menjalani upacara akad nikah bersama Ido.

Difahamkan, Muhammade menghadiahkan sebentuk cincin emas dan mahar berjumlah lima juta rupiah (RM1,459) kepada wanita itu.

Selepas selesai majlis, pasangan mempelai itu dilaporkan pulang ke rumah pengantin lelaki yang terletak di daerah Pitumpanua.

Untuk rekod, Muhammade merupakan seorang pejuang kemerdekaan pada era penjajahan Indonesia. Lelaki itu pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini namun isteri pertamanya meninggal dunia lapan tahun yang lalu.

Muhammade bersetuju untuk bernikah lagi selepas dinasihati ahli keluarganya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan perkahwinan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca