Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila warganet mula mengaitkan pengasas kosmetik Bonda Rozita Ibrahim dalam isu rumah tangga anaknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan juga Datin Seri Nur Shahida.
Lebih hangat lagi, warganet juga membuat spekulasi nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah ditujukan kepada menantunya.

Terbaru, Bonda Rozita menegaskan hubungannya dengan menantu masih baik dan tidak timbul sebarang isu. Dia bengang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan hubungan mereka.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Pada masa yang sama, dia merasa begitu pelik mengapa tindakannya ‘unfollow’ akaun Instagram Shahida baru-baru ini menjadi satu isu yang hangat sehingga diperkatakan ramai.
Rumah tangga Aliff dan Shahida dikatakan berantakan sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Tidak lama kemudian, Bonda Rozita pula dikatakan turut unfollow menantunya dan seakan-akan memberikan bayangan punca keretakan rumah tangga pasangan itu.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan industri hiburan Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: