Semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi khabar berita yang mengejutkan apabila dia telah mengumumkan telah bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang juruterbang iaitu Aliff Adha, sejak Mei lalu.
Memetik laporan Berita Harian, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak bulan Mac yang lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.
Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.
Walau bagaimanapun, sedar akan kekurangan dirinya dan bukan isteri yang sempurna, Sakinah tetap menafikan perpisahan mereka itu berpunca kerana orang ketiga.
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur. Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya.
Sakinah juga berharap dengan pendedahan ini, ia akan melunaskan segala teka-teki dan persoalan yang bermain di fikiran setiap orang yang ingin tahu mengenai perihal rumah tangganya.
Untuk rekod, Sakinah dan Alif telah bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anais Adha dan kini berusia tiga tahun.

Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: