“Saya Tak Mahu Duit Puan”, Perompak Tenang Cium Dahi Warga Emas Sewaktu Serbu Kedai

Baru-baru ini, dua orang perompak telah menyerbu masuk sebuah farmasi di Amarante, Brazil pada Selasa lalu.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di dalam farmasi itu menunjukkan salah seorang daripada perompak tersebut telah melakukan pemeriksaan badan terhadap penjaga kedai berkenaan sebelum menyuruh pekerja itu menunduk dengan meletakkan tangannya di atas kepala.

Samuel Almeida yang merupakan pemilik farmasi itu berkata bahawa perompak berkenaan masuk ke dalam farmasi miliknya lalu meminta pekerjanya menyerahkan semua duit yang ada sewaktu itu.

Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang lagi perompak memasuki perkarangan kedai sambil memegang sepucuk pistol kemudian memberi arahan kepada rakannya sebelum seorang warga emas datang menghampiri mereka.

Sumber: Daily Mail

Wanita tersebut memberitahu perompak berkenaan bahawa dia mahu lelaki tersebut mengambil duitnya sekali.

Walau bagaimanapun, perompak bersenjata itu menepuk bahu warga emas berkenaan lalu memujuk warga emas itu lalu mencium dahinya sambil berkata, “Tidak, puan. Puan boleh duduk diam kerana saya tidak mahukan duit anda.”

Sumber: Daily Mail

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati sebanyak $240 bersamaan dengan RM1,004 dan barangan lain telah dibawa lari oleh perompak berkenaan.

Sehingga kini, penjenayah tersebut masih belum ditangkap dan anggota polis tentera masih memburu suspek yang dipercayai tinggal di kawasan kejiranan berkenaan.

Artikel Lain Untuk Di Baca