“Saya Tak Dapat Maafkan Yusoff Rawther.” – Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ciapan terbaru di akaun Twitternya memberitahu akan meneruskan tindakan perundangan terhadap bekas kakitangannya iaitu Muhammed Yusoff Rawther.

Muhammed Yusoff Rawther.

Walaupun mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya, Anwar menegaskan beliau tidak dapat memaafkan apa yang dianggap sebagai satu tuduhan yang jelek, semberono serta menghina terhadap dirinya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan.” ujar Anwar lagi menerusi akaun Twitternya.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan, tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan dalam satu kes serangan seksual baru-baru ini.

Menurut Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

Untuk baca artikel lain mengenai kes ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca