“Saya Sayang Ibu”, Wanita Ini Terharu Dengar ‘Suara’ Anaknya Selepas 36 Tahun

Buat pertama kalinya, seorang wanita yang mempunyai kecacatan otak yang jarang berlaku berjaya memberitahu ibunya bahawa dia sangat menyayangi wanita berkenaan.

Pauline Rett yang kini menetap di Worcestershire, England itu tidak boleh bercakap dan menggerakkan tangannya selepas disahkan menghidap sindrom Rett sewaktu berusia dua tahun.

Pauline sebelum beliau disahkan menghidap sindrom Rett

Sindrom Rett ialah salah satu gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan otak.

Walau bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila ahli keluarganya membeli sebuah komputer bernilai £9,000 (RM47,778) yang membolehkan Pauline untuk berbicara menggunakan matanya.

Sumber: Metro

Menurut laporan Metro, Pauline hanya perlu melihat skrin komputer untuk berbual dengan ahli keluarganya.

Hal ini kerana cahaya inframerah yang dipantul ke matanya akan mengesan apa-apa sahaja simbol atau frasa yang dilihatnya pada skrin tersebut.

Selepas itu, komputer berkenaan akan menterjemahkan maklumat itu dalam bentuk percakapan.

Menerusi bantuan teknologi canggih berkenaan, Pauline akhirnya memberitahu ibunya bahawa dia sangat menyayangi wanita berkenaan selepas hampir empat dekad.

Sumber: Metro

Dalam pada itu, ibu Pauline iaitu Judith menzahirkan kegembiraannya dengan berkata, “Ia mungkin kedengaran seperti perkara kecil tetapi saya tidak pernah mendengar Pauline bercakap sebelum ini.”

Tambahnya, “Perkataan pertamanya kepada saya adalah sesuatu yang amat bermakna iaitu I love you. Kami sudah boleh bergurau dan berbual antara satu sama lain.”

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai kasih sayang antara ahli keluarga, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca