“Saya Sangat Manja, Apa Salahnya Abang Ipar Cium?” Chacha Maembong Pertahan Diri Susulan Foto Yang Tular

Adik kepada Emma Maembong yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Chacha Maembong akhirnya tampil memberi penjelasan berkenaan foto memaparkan dirinya dicium abang ipar semasa majlis pernikahan kakaknya itu. Foto tersebut menjadi tular di media sosial dan telah mengundang kecaman warganet.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah binti Ismail, dia merupakan anak bongsu dan sangat manja dengan semua orang terutama sekali ahli keluarganya sendiri.

“Saya merupakan adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan keluarga saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya,” jelas Chacha.

“Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru sahaja ‘halal’ jadi bagi saya, tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu.”

“Saya gembira dengan keluarga salah. Tak ada isu pun timbul dalam keluarga fasal benda ini,” kata Chacha lagi.

Memetik laporan Astro Gempak, Chacha yang berusia 23 tahun itu mengatakan bahawa baginya, foto tersebut adalah biasa dan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana semua orang juga akan melakukan benda sama.

Tambah Chacha lagi, mungkin memandangkan dirinya adalah seorang yang dikenali ramai, apa sahaja yang dia lakukan pasti akan menjadi perhatian dan nampak salah.

“Fasal gambar itu, ia adalah gambar normal. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam itu tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?”

“Tapi biarlah orang nak cakap, cakap jelah. Saya tak ada pun nak bising bila tengok orang lain muat naik gambar seperti itu,” kata Chacha.

“Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup.”

“Jadi cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa?” ujar Chacha.

Untuk membaca artikel lain tentang selebriti di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca