“Saya Pulangkan Semula Jawatan Saya Kepada Tun M.” – Maszlee Malik Dipaksa Letak Jawatan?

Dr. Maszlee Malik memulakan sidang media yang berlangsung di Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya dengan sorotan pencapaian-pencapaian KPM sejak beliau memegang tugas sebagai Menteri Pendidikan selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pada tanggal 9 Mei 2018.

Seakan-akan kecewa dengan ‘nasihat’ yang diterima daripada Perdana Menteri untuk beliau meletakkan jawatan, ini antara apa yang disebut oleh Dr. Maszlee dalam sidang media pada jam 4.30 petang tadi:

1. KPM telah menjadi kementerian pertama yang membentangkan laporan 100 hari Pakatan Harapan, kemudiannya kad laporan prestasi setahun (Jun 2018-Jun 2019) dan kad laporan untuk tahun 2019. Trend ini telah diikuti oleh kementerian-kementerian yang lain.

2. Hampir 90% projek sekolah daif yang KPM usahakan siap lebih awal dan progres projek tersebut malah dipaparkan di laman web. Tidak pernah sebelum ini projek kerajaan begitu transparen dan boleh diakses oleh orang awam.

3. Perkenalkan dasar inklusif untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir yang sekali gus memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara.

4. Mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Parlimen.

Pada masa yang sama, Dr. Maszlee turut menegaskan bahawa kualiti pendidikan tidak boleh diperbaharui dalam tempoh satu malam sahaja memandangkan terdapat banyak isu sistemik yang kompleks.

Mengakhiri ucapan, Dr. Maszlee berkata, “Saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan semula jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada YAB Perdana Menteri, berkuatkuasa 3 Januari 2020.”

Untuk baca artikel lain mengenai peletakan jawatan Dr. Maszlee, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca