“Saya Percaya Kaabah Akan Buat Hati Sajat Lembut Dan Getar.” – PU Amin

Peserta program Pencetus Ummah (PU) Amin mendakwa usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzam masih berada di Masjidil Haram.

Dia memberitahu, rakan-raka jemaahnya terserempak Sajat dan rakanya yang masih bertudung ketika mengerjakan rukun Saie.

Namun, mereka tidak sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ.

Justeru, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati – hati dan sentiasa menjaga aurat kerana bimbang ia tercemar.

Malah, sebahagian jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu.

PU Amin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Dia masih berharap agar hati Sajat terbuka dan menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah dan kembali kepada Allah.

PU Amin berkata, “Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas bumi ini. Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun.

“Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar. Saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan-kawanya lembut dan getar.

“Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya. Untuk soal tindakan dan undang-undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar teruskan berdoa,” tulisnya dalam kapsyen.

Semoga perkara ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Untuk baca artikel berkaitan Sajat, sila klik pautan dibawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca