“Saya Penat Dengan Manusia Yang Mahu Jadi Tuhan.” – Naim Daniel

Penyanyi dan pelakon terkenal Naim Daniel tidak menyembunyikan rasa kecewanya dengan semua yang berlaku di Malaysia pada masa ini.

“Hari ini tidak ada lagu. Hari ini saya penat. Saya penat dengan semua benda yang berlaku di Malaysia di saat kita dilanda COVID-19 ini. Saya penat dengan manusia yang mahu menjadi Tuhan dan mereka yang bertelagah sesama sendiri sedangkan kita sepatutnya bekerjasama dalam saat-saat yang getir begini.

Saya penat dengan manusia yang tidak tahu betapa beratnya pengorbanan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kita semua sihat dan mampu jalani hidup seperti biasa. Saya penat dan percaya anda semua yang membaca ini pun turut sama letih,” luahnya menerusi sebuah coretan di laman Instagram.

Tidak berhenti di situ, penyanyi lagu Sumpah ini turut menyeru agar semua berbalik kepada ajaran agama dan kepada Tuhan Semesta Alam, “Macam mana buruk pun kau, macam mana jahat pun kau, macam mana solat tunggang terbalik pun kau, kita balik dahulu. Allah SWT rindu kau.”

Tambahnya, “Kita balik dahulu daripada hal-hal yang berlaku sekarang ini tidak kira yang atasan, yang bawahan, yang berasa layak berada di atas, yang berasa sering di bawah, kita balik dulu. Allah SWT rindu.”

Anda boleh tonton video penuh di bawah:

Semoga coretan Naim ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Apa-apa pun, jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca