“Saya Minta Maaf Kalau Ada Menyakitkan Hati.” – Aliff Syukri

Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram Stories, semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, Aliff berkata, dia tidak mahu mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

“Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang (anda) menyebabkan korang (anda) tak suka pada saya,” ujarnya.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak nak ada masalah dengan orang. Maafkanlah saya.”

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan terperinci permohonan maaf itu melibatkan isu yang mana satu.

Sebelum ini, Aliff Syukri didakwa memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun yang dikatakan menangis saat dia sibuk merakam video untuk kandungan saluran YouTube miliknya.

Dalam laporan polis yang dibuat terhadapnya, mangsa dikatakan dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badan.

Terdahulu, Aliff berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai hal ini kerana ia sudah menjadi kes polis. Biar mereka jalankan siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan berharap ia dapat diselesaikan segera,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan kosmetik berkenaan, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang kini sedang menjalankan ibadah umrah bersama anaknya berkata, dia juga menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya ringkas.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca