“Saya Minta Maaf Dan Janji Tidak Akan Ulangi Lagi.” – Hishammuddin Hussein

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas beliau menghisap vape ketika Persidangan Dewan Rakyat masih berlangsung pada Isnin lalu.

Menerusi video tersebut, Hishammuddin curi-curi hisap vape ketika memakai pelitup muka semasa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong sedang berhujah.

Susulan daripada kejadian tersebut, Hishammuddin tampil membuat permohonan maaf menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadi atas tindakan beliau.

Menteri Luar Negeri itu juga membuat pengakuan bahawa beliau tidak sedar akan perkara tersebut.

“Saya minta maaf. Saya tidak perasan. Ia merupakan tabiat baharu saya. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi perkara ini lagi pada masa hadapan,” jelasnya.

Sumber: Instagram Hishammuddin Hussein

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta Hishammuddin membuat permohonan maaf secara rasmi di dalam Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata bahawa pihak beliau akan membuat penelitian terhadap perkara yang dibangkitkan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, larangan merokok dikuat kuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen. Peraturan berkenaan telah diperketatkan lagi semasa kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Sekiranya mana-mana individu didapati melanggar peraturan tersebut, pesalah boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 dan boleh didenda lebih RM10,000 atau penjara dua bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan ahli politik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca