“Saya Menyokong Komuniti LGBT”, Nicki Minaj Batalkan Konsert Di Festival Arab Saudi

Sebelum ini, ramai warganet terkejut apabila dikhabarkan Nicki Minaj akan membuat persembahan di Festival terbesar Arab Saudi.

Minaj yang pada asalnya dijadualkan akan membuat persembahan pada 18 Julai ini telah membuat pengumuman bahawa dia membatalkan penampilannya di Festival Dunia Jeddah.

Menerusi laporan The Guardian, penyanyi sensasi itu menarik diri daripada konsert di Arab Saudi kerana dia mahu menunjukkan sokongan tehadap hak-hak wanita, hak LGBT dan kebebasan bersuara.

“Selepas berfikir semula, saya telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan konsert saya yang dijadualkan di Festival Dunia Jeddah itu. Saya percaya penting bagi saya untuk menjelaskan sokongan saya terhadap hak wanita, komuniti LGBT dan kebebasan bersuara,” kata Minaj dalam satu kenyataan pada hari selasa kepada Associated Press.

Yayasan Hak Asasi Manusia mengeluarkan kenyataan minggu lalu, menyeru Minaj untuk menarik diri daripada persembahan itu. Organisasi yang berpangkalan di New York itu memuji keputusan Minaj untuk tidak meneruskan penampilannya di konsert itu.

Minggu lepas, beberapa media sosial menyifatkan keputusan penyanyi itu untuk membuat persembahan di Jeddah sebagai hipokrit. Penampilannya di acara kebanggaan komuniti LGBT sant berbeza dengan pendirian Arab Saudi yang mengharamkan hak homoseksual di negara itu.

Namun, Minaj bukanlah penyanyi pertama yang terlibat dengan kontroversi seperti ini apabila menerima jemputan untuk tampil di Arab Saudi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca