“Saya Menangis Beri Keterangan,” Ebit Lew Tidak Lagi Akan Bantu Orang Secara Langsung

Terdahulu, Ebit Lew pernah menjadi bualan orang ramai apabila terdapat ustaz yang mempertikaikan usahanya untuk membantu orang-orang yang berada dalam keadaan susah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Meskipun usahanya murni, ada sahaja manusia-manusia yang tidak berpuas hati dan cuba untuk menghentikan usahanya.

Hari ini, ustaz Ebit Lew telah memuat naik perkongsian di laman Facebooknya yang memaklumkan beliau tidak lagi akan membantu orang secara langsung. Hal ini kerana, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis setelah ada insan yang membuat laporan terhadapnya.

“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot.

Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia,” ujarnya di dalam perkongsian itu.

Malah, beliau juga berkata selama ini segala pertolongan yang dilakukannya adalah hasil daripada duitnya sendiri dan beliau tidak jangka perkara itu akan menjadi tular sehingga mendapat perhatian orang ramai.

“Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah.

Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu,” maklumnya.

Rata-rata warganet berterima kasih dan bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada ustaz Ebit Lew ketika ini.

Semoga ustaz Ebit Lew dapat kuatkan diri dan diberi ganjaran yang banyak di atas usahanya selama ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Ustaz Ebit Lew, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca