“Saya Mahu Kumpul Duit Dahulu”, Peniaga Tersentuh Melihat Kesungguhan Kanak-Kanak Ini Demi 2 Paket ‘Corn Dog’

Makanan seperti corn dog sudah menjadi kebiasaan untuk kita. Disebabkan itu, kita tidak menyedari bahawa terdapat insan di luar sana yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka untuk menikmati makanan berkenaan.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @kinafairy ataupun nama sebenarnya iaitu Sakinah di laman Twitternya tentang bagaimana salah seorang pelanggannya yang berusia 11 tahun membeli dua paket corn dog darinya.

Namun, pelanggan itu yang dikenali sebagai Ainur pula memohon untuk menangguhkan penghantaran makanan tersebut kerana wang yang dikumpul olehnya masih belum cukup untuk membayar makanan berkenaan.

Sebaik sahaja Sakinah tiba di rumah Ainur, dua orang kanak-kanak perempuan sedang menunggunya di bawah pokok.

Walaupun Sakinah meragui Ainur pada mulanya, tetapi dia menjadi tersentuh selepas melihat kesungguhan kanak-kanak itu dalam mengumpul duit untuk membayarnya.

Dia menjadi lebih tersentuh selepas melihat Ainur menghulurkan wang simpanannya berupa 25 keping wang tunai RM1.

Namun, Sakinah hanya mengambil RM20 sahaja dan memulangkan semula RM5 itu kepada kanak-kanak tersebut.

Perkongsian itu memperoleh lebih daripada 12,700 ulang kicau dan lebih daripada 10,300 sukaan.

Dalam pada itu, rata-rata warganet meninggalkan komen positif dan menganggap perbuatan ini patut dicontohi ramai.

Sumber: Siakap Keli

Sumber: Siakap Keli

Sumber: Siakap Keli

Artikel Lain Untuk Di Baca