“Saya LGBT Dan Saya Tolak Segala Tuntutan Yang Dibuat Oleh Golongan LGBT.”

Selama ni kaum LGBT kena tindas sangat ke? ada ke yang kena tembak kat kepala bila LGBT-LGBT ni lepak kat public?” – Hafeezi, di Twitter.

Polemik tuntutan hak dan kesamarataan oleh golongan LGBT ini kembali hangat diperkatakan awal bulan ini selepas potret yang memaparkan dua aktivis yang dikaitkan dengan LGBT iaitu Nisya Ayub dan Pang Khee Teik bersama bendera Malaysia telah dipamerkan kepada orang ramai pada pameran fotografi yang diadakan sempena Festival Georgetown yang berlangsung sejak 4 Ogos lalu hingga 2 September.

Terbaharu di Twitter, terdapat ramai individu telah membantah tuntutan yang dibuat oleh golongan LGBT ini tetapi apa yang menariknya, bantahan ini juga dibuat oleh golongan LGBT itu sendiri.

Menurut NorHafeezi di Twitter;

Antara lain yang beliau katakan adalah:

Selama ni kaum LGBT kena tindas sangat ke? ada ke yang kena tembak kat kepala bila LGBT-LGBT ni lepak kat public. Kat fesyen show tu berlambak LGBT-LGBT lifestyle dia bukan main havoc aku tengok. Takde diskriminasi pon. Jadi hak apa lagi korang nak tuntut?”

Hafeezi menyatakan bahawa dia menolak segala tuntutan yang dilakukan oleh LGBT kerana golongan ini harus sedar bahawa mereka sebenarnya tinggal di negara Malaysia di mana agama rasminya adalah agama Islam. Beliau turut menyatakan selama ini LGBT tidak pernah dipukul atau ditembak di tempat awam mahupun di pertujukan fesyen. “Jadi hak apa lagi yang golongan LGBT ini inginkan?” soal beliau.

Antara tweet menarik yang boleh dikongsikan di sini adalah daripada Faizal Laura. berikut adalah tweet beliau;

Beliau mengatakan bahawa golongan LGBT ini menyusahkan diri mereka dan kurang bijak kerana memperjuangkan LGBT. Sebagai seorang LGBT mereka sepatutnya sedar yang mereka tinggal di negara Islam dan tidak perlu untuk memperjuangkan perkara yang salah. Ini kerana untuk mengelakkan invidu LGBT lain menjadi mangsa. Beliau juga menyedari yang beliau sendiri tergolong tetapi beliau tidak pernah berniat untuk memperjuangkannya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja. Beliau juga berkata selain daripada melayan mereka dengan baik, kita juga boleh membimbing mereka ke fitrah yang asal.

Tertarik juga penulis dengan pendekatan dua pengguna di Twitter ini, walaupun mereka berbincang tentang perkara yang melibatkan agama tetapi masih lagi boleh bertoleransi dengan baik.

“Sebab perakhiran hidup kita as a muslim, kita akan mengadap Allah juga. Dan ada sebab kenapa Allah wujud kan insan yang bernama LGBT ni . Jadi doakan yang baik baik sahaja.” – Hafeezi

Artikel Lain Untuk Di Baca