“Saya Lebih Rela Mati Daripada Hidup Begini, Ibu”, Keluh Seorang Anak Yang Diserang Psoriasis Tahap Kronik

Psoriasis merupakan penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak bernama Vadym Demedyuk dari Ukraine dikhabarkan menderita penyakit kulit psoriasis. Penyakit ini secara tidak langsung telah mengakibatkan 99 peratus bahagian tubuhnya luka dan bersisik sehingga sukar untuk Vadym melakukan rutin harian.

Difahamkan bahawa kanak-kanak ini akan berasa sakit yang melampau setiap kali bergerak. Oleh itu, dia terpaksa menghabiskan masanya dengan berbaring di atas katil.

Lebih memilukan apabila rawatan selama 6 tahun yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut berakhir dengan sia-sia. Ibu kepada Vadym, Natalia Pilat memberitahu pihak media bahawa mereka sudah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan dan krim namun masih tidak berjaya meredakan kesakitan pada kulit tubuh anaknya.

Keseluruhan badan Vadym kini diselaputi sisik dan kerak yang membuatkan ia berasa sakit setiap kali melakukan pergerakan. Keadaan kulit kanak-kanak ini juga dikatakan mudah merekah sehingga berdarah.

Seakan kesakitan yang ditanggungnya itu bagaikan tidak mahu sembuh, kanak-kanak ini mulai memperlihatkan keluh kesahnya dengan berkata, “saya lebih rela mati daripada hidup begini, ibu.”

Sehingga kini, tiada satu pihak perubatan di Ukraine yang mampu bersetuju untuk menyembuhkan penyakit yang menyerang Vadym. Kebanyakan daripada mereka berputus asa dan menyatakan ketidakmampuannya untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Mujur kini terdapat satu pihak perubatan di Israel yang bersetuju untuk membantu memulihkan keadaan tubuh Vadym. Menurut laporan Mirror, keluarga itu telah menerima bantuan daripada orang ramai sebanyak 50,000 pound (RM257,407.50) bagi perbelanjaan perubatan kanak-kanak tersebut.

Vadym kini dikhabarkan akan berangkat ke Israel dalam waktu yang terdekat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca