“Saya Langsung Tiada Niat”, Ini Penjelasan Ali Puteh Berkenaan Dakwaan Ambil Harta Abam Bocey

Pada 19 Februari yang lalu, kecoh di media sosial apabila Ali Puteh naik angin dan memarahi Aliff Syukri di laman Instagram miliknya.

Melalui hantaran tersebut, Ali Puteh berang kerana Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik video perbualan Aliff bersama dengan balu Abam, Norhidayah tanpa merujuk kepada keluarganya terlebih dahulu.

Disebabkan itu, rata-rata warganet mula membuat spekulasi yang negatif terhadap keluarganya apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Norhidayah berkaitan pembahagian harta.

Kesal dan terkilan dengan perkara itu, Ali Puteh menjelaskan segala perlakuannya hanyalah untuk menguruskan harta peninggalan Abam termasuk hutang dan urusan faraid. Malah, dia juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Siti Norhidayah dan beliau sudah pun bersetuju.

Tambahnya, mengenai isu telefon bimbit arwah yang dikatakan telah diambil olehnya, beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah hutang Abam yang masih tertunggak dan juga mahu memastikan beberapa maklumat yang ada di dalam.

“Saya dulu pembantu dan pemandu arwah. Saya tahu dan saya sudah beritahu dia (kakak ipar) selepas selesai ambillah balik telefon itu, kami adik beradik arwah Abam sudah beli telefon seorang satu,” ujarnya.

Sumber: Youtube

Berkenaan dengan isu beg duit Abam pula, ia diambil untuk mendapatkan kad Seniman Abam namun beliau mendapati dua kad bank Abam sudah tiada. Malah, wang tunai di dalam dompet berkenaan juga tidak ada. Sehubungan dengan itu, beliau meminta kakak iparnya untuk memulangkan semula duit berkenaan kerana ia menjadi barangan faraid.

Selain itu, dua kereta milik Abam juga dijelaskan oleh Ali Puteh sebuah kereta Vellfire itu masih dalam hutang bank manakala sebuah kereta Myvi pula dibeli daripada bapa saudaranya secara ansuran.

“Arwah Abam ada kata bila aku ada duit kereta Myvi ini tukar nama kepada isteri aku dan itulah yang saya hendak buat, hendak susun satu persatu,” jelasnya.

Berhubung dakwaan kakak iparnya dihalau keluar rumah sehelai sepinggang, Ali Puteh menafikan dengan memberitahu kakak iparnya keluar atas kehendaknya sendiri bersama dengan barangan berharga arwah.

“Saya rela mati daripada lihat ibu saya dihina sedemikian,” ujar beliau setelah keluarganya dikecam hebat oleh warganet berikutan tularnya video tersebut.

Menurut pembantu peribadi Aliff Syukri, Datuk Kelly Azman, Aliff Syukri awalnya hendak membuat sidang media berkenaan isu yang sama namun telah menangguhkannya atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Untuk menonton temu bual Ali Puteh berkenaan isu ini dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah:

Untuk membaca artikel lain berkenaan selebriti di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca