Baru-baru ini penyanyi popular Malaysia, Ernie Zakri mendapat perhatian apabila wajahnya menghiasi sebuah ikan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Tidak dinafikan, dia berasa sangat gembira tentang perkara ini malah meluahkan impiannya tercapai untuk membanggakan negara
“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari,” ujar Ernie teruja.
Oleh sebab berita gembira ini, Ernie mempunyai banyak perancangan untuk tahun ini.
“Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini.
“Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,

“Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya.”
“Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta,” kongsinya.
Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: