“Saya Dah Samak”, Nabila Huda Beri Penjelasan Siap-Siap Bila Muat Naik Swafoto Bersama Husky

Rakyat Malaysia dan kecaman memang berpisah tiada. Pantang lihat seseorang itu buat kesilapan, pasti ‘berdas-das’ kecaman akan dilemparkan terhadap mereka.

Baru-baru ini, pelakon berbakat besar tanah air iaitu Nabila Huda apabila telah memuat naik sekeping foto bersama dengan seekor anjing berbaka Husky di laman Instagram.

Husky merupakan binatang peliharaan bersaiz besar yang berasal dari Siberia dan berbulu tebal. Meskipun ia kelihatan cukup garang, ia tidak ganas sama sekali.

Foto anak kepada penyanyi terkenal, Amy Search itu turut disertai dengan kapsyen yang mengatakan dia sudah pun membasuh dan menyamak mukanya selepas bermain dengan haiwan berkenaan.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Nabila di mana dia terpaksa memberi penjelasan (seperti yang ditulis pada kapsyen) agar tidak ‘diserang’ oleh skuad bawang Malaysia.

Meskipun Nabila memberi penjelasan pada kapsyen foto tersebut, masih ada warganet mengecam tindakan seleriti yang lebih mesra disapa Abil itu kerana anjing jelas haram untuk dipegang dalam Islam.

Perkongsian Nabila itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet apabila ia meraih hampir 63,000 tanda suka. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet:

“Tak samak sekalipun itu pilihan awak,” coret seorang pengguna Instagram.

“Zaman sekarang memang nak kena bagi penjelasan terlebih dahulu sebelum kongsi sesuatu,” tulis seorang lagi pengguna laman itu.

“Kapsyen! Awal-awal Abil dah prepare,” kata seorang warganet.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca