“Saya Cuma Duduk Rumah Main FB, Main Kucing Dan Makan Super Ring,” Najib Tampil Bidas Dakwaan Muhkriz

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membidas dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa dirinya sebagai dalang di sebalik keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan di Kedah sekali gus menyebabkan bekas Menteri Besar Kedah itu hilang jawatan.

Susulan itu, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan itu menggesa Mukhriz untuk membuktikan dakwaan tersebut.

“Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja? Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, saya cuma #stayathome main Facebook, main kucing dan makan Super Ring. Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan,” kata Najib menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Ahad. 

Pada masa yang sama, apa yang membuatkan Najib kecewa adalah apabila anak kepada bekas Perdana Menteri itu tidak bercakap benar pada bulan Ramadan. 

“Dalam bulan Ramadan ini pun dia (Mukhriz) sanggup berbohong macam ini,” ujar Najib lagi.

Tinjauan kami mendapati bahawa hantaran itu berjaya mencuri perhatian pengguna Facebook di mana ia telah meraih lebih 32,000 reaksi dan 11,000 komen serta hampir 4,000 perkongsian.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Najib Razak, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca