Lee Chong Wei memuat naik appreciation post di akaun Instagram miliknya untuk menyambut ulang tahun ketujuh perkahwinannya dengan Wong Mew Choo pada Ahad lalu.
Beliau berkongsi tentang detik-detik awal perkenalan mereka dan bagaimana dia akhirnya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on
Menurutnya, “Pada suatu masa dahulu, dia berada di sana. Kadang-kadang dia memandang saya tetapi kadang-kadang tidak mengendahkan saya. Saya pula terlampau malu untuk meminta nombor telefonnya dan terlalu bodoh untuk membaca fikiran wanita.”
Beliau kemudiannya berkata bahawa salah seorang rakan sepasukannya pada ketika itu menyuruhnya memetik kelopak bunga mawar untuk mengetahui sama ada Mew Choo sukakannya ataupun tidak.
Sumber: Facebook
Tambahnya, “Saya beritahu rakan saya bahawa saya tidak mempunyai wang untuk membeli bunga tersebut. Dia kemudiannya suruh saya petik bulu tangkis dan semenjak dari itu, baru saya tahu bahawa bulu tangkis ada 16 bulu.”
Seterusnya, legenda badminton negara ini turut berkata dalam ruangan kapsyennya itu bahawa dia merupakan lelaki yang paling bertuah apabila isterinya bersetuju untuk mengahwininya.
Sumber: Facebook
Beliau mengakhiri kapsyen tersebut dengan berkata, “Ramai yang berkata bahawa saya bertuah kerana telah memenangi banyak gelaran tetapi untuk saya, saya bertuah kerana dapat memenangi hati kamu.”
Sumber: Facebook
Rata-rata warganet meninggalkan komen yang memuji sifat romantisnya seperti, “Patutlah teh ais saya tawar hari ini. Rupa-rupanya, semua Dato’ dah borong dalam tulisan dia.”
Sumber: SAYS
Tidak kurang juga, ada yang berkata bahawa mereka baru sahaja mengetahui bahawa bulu tangkis ada 16 bulu daripada kapsyen tersebut.
Sumber: SAYS
Seterusnya, terdapat warganet yang turut sama memberikan ucapan ulang tahun perkahwinan kepada pasangan tersebut.
Sumber: SAYS
Dalam pada itu, pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka pada 9 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kingston dan Terrance.
View this post on InstagramThis is my father's day present how about you? 😊 #superdad #superkids
A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on