“Saya Berharap Chong Wei Turut Serta Dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020” – Lin Dan

Lee Chong Wei akan melakukan apa-apa sahaja supaya beliau menyertai Lin Dan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kedua-dua mereka merupakan pemain badminton profesional yang telah menempah nama di persada antarabangsa dan sekiranya Chong Wei berjaya turut serta, ini merupakan kali kelima mereka beraksi dalam Sukan Olimpik.

Sebelum ini, Chong Wei telah disahkan menghadapi kanser hidung pada bulan Julai tahun lepas menyebabkan beliau berundur seketika. Pada hari ini, beliau menyatakan hasratnya untuk bermain di Sukan Olimpik di laman Facebook miliknya.

Ia merupakan kenyataan balas kepada Lin Dan yang menyatakan bahawa Chong Wei merupakan penyebab beliau terus bertanding dan berharap agar beliau dapat bertanding bersama kawan baiknya.

“Berikutan daripada kemenangan Lin Dan semalam, saya cukup gembira mendengar beliau berkata ‘Disebabkan Lee Chong Wei masih lagi tidak meninggalkan dunia badminton, maka saya akan terus bertanding’,” kata Chong Wei di laman Facebook miliknya.

“Saya berharap agar dapat bertemu dengan Lin Dan untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berharap ia bakal menjadi kenyataan. Tahun depan merupakan Sukan Olimpik yang kelima dan terakhir buat saya dan Lin Dan. Dengan izin Tuhan, mungkin badan saya cukup sihat untuk betanding.” katanya lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca