Search
Close this search box.

“Saya Banyak Kali Minta Maaf.” – Tular Video Isteri Tunggang Motosikal Dari KL Ke Perak, Ini Penjelasan Suami

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter, sebuah video yang memaparkan seorang isteri menunggang motorsikal sambil dirakam oleh suaminya yang memandu kereta di atas lebuh raya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa bukan suami yang menunggang motosikal tersebut? Untuk pengetahuan, kisah pasangan ini pernah tular suatu ketika dahulu iaitu, bekas atlet paralimpik, Muhamad Firdaus Ibrahim serta isterinya, Siti Fatimah Mohd Noor.

Menurut Firdaus, mungkin orang ramai tidak mengenalinya, namun dia pernah terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun sehingga menyebabkan kedua belah kakinya lumpuh. Sejak daripada itu, pergerakannya menjadi semakin terbatas.

Bagi Firdaus, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia membiarkan isterinya, menunggang motosikal sejauh itu. Sebelum ini, Firdaus bekerja di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, dia perlu berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan yang baru.

“Jadi kami merancang untuk pindah bulan April lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kami terpaksa tangguh.

“Now dah boleh rentas negeri jadi kami pun buatlah keputusan untuk pindah barang. Cuma motosikal tu isteri tawar untuk bawa balik sendiri.

“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang, Terengganu. Orangnya kecil, tapi berjiwa besar,” jelas Firdaus.

Risau dengan keselamatan isteri, Firdaus mengikut isterinya sepanjang perjalanan daripada belakang dalam jarak 100 meter.

“Saya follow dari mula hingga ke rumah. Kalau ikut meter kereta, saya pandu dalam 60 ke 70 kilometer sejam. 

“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter. Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula,” katanya.

Jauh di sudut hati Firdaus, tidak dinafikan melihat isteri yang sanggup berkorban menunggang motosikal di atas lebuh raya membuatkannya rasa sebak dan serba salah. Jika dia mampu, mungkin dialah yang akan menunggang motorsikal tersebut. Namun mujurlah dia mempunyai isteri yang berjiwa kental dan sanggup bersusah senang dengannya.

“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf. Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang.

“Ada netizen yang tertanya mengapa tidak pos saja motosikal, namun memang isteri yang tawar daripada awal kami nak pindah barang.  

“Cuma dia mintak saya follow dia dari belakang. Minta teman, kalau tak dia tak mahu,” katanya.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata daripada warganet memberikan kata-kata yang positif kepada pasangan ini.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca