Save Ralph, Seekor Arnab Pecahkan ‘Rahsia Gelap’ Produk Kosmetik Yang Tragis

Save Ralph

Baru-baru ini, tular perkongsian video di laman sosial Tiktok dengan hashtag Save Ralph yang memaparkan kegiatan merosakkan dan membuang cecair alatan kosmetik.

Difahamkan video itu adalah untuk membuka mata kepada pengguna kosmetik agar berhenti menggunakan kosmetik yang mengandungi ujian ke atas haiwan.

Dalam sekelip mata, video berdurasi 18 saat itu menjadi tular di Tiktok dan menerima pelbagai reaksi rata-rata warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video ini telah mencatat 9.5 juta penonton dan 1.5 juta warganet menekan simbol hati pada aplikasi itu.

Tiktok (@iambaebabe.720p)

Namun begitu, percubaan kosmetik pada haiwan ini masih giat dijalankan di beberapa buah negara. Meskipun larangan percubaan bahan kosmetik di 40 buah negara dilaksanakan, namun ianya dianggap sah dalam beberapa negara yang lain.

Hal ini menjadikan haiwan sebagai alat eksperimen diseksa dan jika hasilnya gagal, maka haiwan itu akan terkorban begitu sahaja.

Tiktok (@jusoshiel)

Berikutan video di atas, para warganet menulis di ruangan komen bagi menggambarkan perasaan sedih mereka. Ada juga yang menitiskan air mata semasa menonton video itu kerana diperlakukan sedemikian.

Menurut laporan Humane Society International (HSI) kira-kira 100,000 hingga 200,000 haiwan menderita dan mati setiap tahun dalam uji haiwan untuk kosmetik.

Pengarah terkenal, Taika Waititi telah bergabung dengan Humane Society International (HSI) untuk menghasilkan sebuah filem pendek animasi berjudul Save Ralph.

Penulis dan pengarah, Spencer Susser serta penerbit, Jeff Vespa telah bekerjasama dengan sebuah studio Arch Model. Pemilik studio ini ialah Andy Gent dan dia merupakan pembuat anak patung.

Kerjasama itu membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjadikan watak Ralph menguasai seluruh dunia malah, filem ini ditayangkan dalam pelbagai versi seperti Portugis, Sepanyol, Perancis dan Vietnam.

Youtube (The Humane Society of the United States)

Filem bergenre dokumentari ini mengisahkan bagaimana rutin harian haiwan dijadikan sebagai bahan uji kaji di makmal.

Tujuan filem ini adalah bagi mengakhiri penderitaan yang dilakukan terhadap haiwan serta mengajak pengguna kosmetik seluruh dunia untuk tidak memberi sokongan ujian kosmetik ke atas haiwan.

Taika Waititi menjadi pelakon suara untuk watak utama dalam filem ini, iaitu seekor arnab bernama Ralph malah, dinobatkan sebagai pemenang Oscar 2020 kategori lakonan suara.

Selain itu, Ricky Gervais, Zac Efron, Olivia Munn, Pom Klementief, Tricia Helfer dan beberapa lagi selebriti Hollywood turut beri kerjasama menjadi pelakon suara untuk filem ini.

Pada permulaan filem, watak Ralph dikatakan haiwan yang mempunyai ekspresi wajah yang ceria dan riang walaupun matanya sebelah kiri buta serta bengkak kemerahan.

Mungkin ramai yang tidak menyedari dengan apa yang telah berlaku pada arnab itu kerana ianya di luar jangkauan akal manusia.

Presiden Humane Society International (HSI), Jeffrey Flocken mengatakan bahawa filem itu bagi menyedarkan manusia tentang haiwan yang mengalami penyeksaan serta penderitaan daripada hasil ujian kosmetik.

“Save Ralph memberikan kesedaran bahawa masih banyak haiwan dijadikan sebagai ujian kosmetik dan sekarang adalah masa untuk kita sebagai umat manusia bersatu melaksanakan larangan global”, ujar Jeffrey Flocken.

“Ketika ini, kita mempunyai pelbagai kaedah yang boleh dipercayai dan jaminan keselamatan produk yang bebas dari ujian haiwan. Jadi, tidak ada alasan untuk berdalih sehingga haiwan seperti Ralph menderita dalam menguji kosmetik atau bahan lain,” tambahnya lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca