Saudi Aramco Mengatasi Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

Saudi Aramco telah mengatasi Apple dengan menjadi syarikat paling bernilai di dunia. Hal ini berlaku ketika lonjakan harga minyak mendorong kenaikan harga saham dan menyaksikan kemerosotan saham teknologi.

Syarikat petroleum dan gas asli Arab Saudi itu diiktiraf syarikat pengeluar minyak terbesar dunia bernilai AS$2.42 trilion iaitu RM10.6 trilion berdasarkan harga sahamnya sebelum pasaran ditutup.

Selain itu, Apple menyaksikan penurunan harga sahamnya sepanjang bulan lalu sehingga susut kepada AS$2.37 trilion iaitu RM10.4 trilion.

Harga saham syarikat itu tetap merosot biarpun Apple merekodkan keuntungan yang lebih baik daripada unjuran dalam tempoh tiga bulan pertama ini.

Namun, Apple memberi amaran bahawa penutupan China akibat COVID-19 dan masalah rantaian bekalan yang berterusan akan menjejaskan hasil keuntungan suku bulan depan sehingga AS$4 hingga AS$8 bilion iaitu RM17.5 hingga RM35 bilion.

Saudi Aramco baru-baru mencatatkan laporan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 124 peratus bagi tahun lalu iaitu beberapa jam selepas kumpulan pemberontak Yaman menyerang fasilitinya sehingga menyebabkan ‘gangguan pengeluaran’.

Melalui kenyataan Saudi Aramco, ketika ekonomi dunia mula pulih daripada pandemik coronavirus, pendapatan bersih syarikat itu meningkat 124 peratus kepada AS$110 bilion (RM483 bilion) pada tahun lalu berbanding AS$49 bilion (RM215 bilion) pada 2020.

Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan untuk meningkatkan pengeluaran bekalan selepas berlakunya sekatan besar-besaran terhadap Moscow yang menjejaskan pasaran tenaga global.

Manakala, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser, berkata hala tuju syarikat masih tidak menentu disebabkan oleh ‘faktor geopolitik’.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca