Satu Lagi Letusan Dikesan, Bekalan Internet Di Tonga Terputus

tonga

Satu lagi letusan telah dikesan di gunung berapi Tonga pada jam 8.10 pagi waktu Malaysia. Letusan terbaharu itu dikesan oleh sebuah stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga berkata ia telah mengesan ombak besar di kawasan itu.

Sebelum ini, terdapat letusan besar-besaran yang terjadi dua hari lepas sehingga mencetuskan gelombang tsunami di sekitar Pasifik.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) pada hari Sabtu mencatatkan letusan gunung berapi bawah laut di Tonga adalah sama dengan gempa bumi bermagnitud 5.8.

Namun, sejauh mana kerosakan di Tonga tidak jelas pada hari Ahad ekoran talian komunikasi yang terputus.

Pada mulanya talian komunikasi dipercayai rosak disebabkan oleh kegagalan kuasa berikutan letusan kuat itu. Namun begitu, siasatan lanjut menunjukkan kerosakan pada bahagian kabel dasar laut.

“Kami mendapat maklumat yang tidak jelas tetapi nampaknya kabel telah terputus,” kata pengarah rangkaian Southern Cross Cable Network Dean Veverka.

“Ia boleh mengambil masa sehingga dua minggu untuk membaikinya. Kapal pemasangan kabel terdekat adalah di Port Moresby,” tambahnya, merujuk kepada ibu negara Papua New Guinea yang berada lebih 4,000 kilometer (2,500 batu) dari Tonga.

Pihak Southern Cross akan membantu Tonga Cable Limited yang memiliki kabel sepanjang 872 kilometer itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca