Satu Lagi Kompilasi Mungkin Akan Dihadapi Oleh Pesakit Sembuh COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti satu lagi komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh pesakit yang sembuh daripada jangkitan wabak COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, ketahanan tubuh pesakit adalah tidak kekal selepas tiga bulan mereka sembuh di mana Immunoglobulin G (IgG) dan Immunoglobulin M (IgM) akan berkurangan.

Kata beliau, ini sekali gus menyebabkan bekas pesakit-pesakit berkenaan mudah terdedah kepada jangkitan lain.

Sumber: The Star

“Jadi mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut.

Kalau individu tersebut mempunyai imuniti yang rendah, mereka mudah untuk mendapat jangkitan kuman bukan hanya COVID-19, tetapi kuman lain,” kata beliau dalam sidang media pada Rabu.

Jelas Dr. Noor Hisham lagi, KKM ketika ini sedang memberi tumpuan kepada rawatan susulan dan pemantauan terhadap pesakit-pesakit yang telah sembuh terutamanya bagi kategori empat dan lima.

“Mereka sedang dalam proses untuk kita lihat kesan sampingan jangka panjang, yang itu kita sedang laksanakan,” kata beliau.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa seramai 45 pesakit yang sebelum ini didapati positif COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj setakat Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya di negara ini adalah 8,231 kes atau 95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Memetik laporan Astro Awani, KKM sebelum ini turut memaklumkan tidak bercadang untuk meneruskan rawatan dan kajian saintifik menggunakan hydroxychloroquine ke atas pesakit COVID-19. Hal ini demikian kerana ubat yang biasa digunakan untuk merawat malaria itu mengakibatkan komplikasi kesihatan kepada pesakit.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca