Satu rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan bekas perdana menteri yakni Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah didedahkan oleh Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini.

Pendedahan terbabit dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menerusi satu sidang media yang berlaku di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan yang terletak di Putrajaya.
Menerusi sidang khas berkenaan, Latheefa Koya menyifatkan rakaman itu sebagai satu kebocoran maklumat daripada SPRM.
Difahamkan, klip audio itu mempunyai kaitan dengan perbualan yang melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yakni bekas ketua SPRM dan seorang tokoh asing serta beberapa individu lain.
“Kami telah diberikan rakaman itu. Selaras dengan penyiasatan, kami berjaya mengesahkan kesahihan mutlak rakaman terbabit,” ujar Latheefa.
“Kandungannya mengejutkan dan bertujuan untuk menyembunyikan dan subversif keadilan. Demi kepentingan awam, kami mendedahkan rakaman ini kepada umum,” tambahnya lagi mengenai sembilan set klip audio yang berdurasi kira-kira 45 minit itu.
Menurut Latheefa lagi, kesemua sembilan rakaman audio itu berlaku pada tahun 2016.
“SPRM akan menyerahkan semua rakaman percakapan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.”

Selain Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, berikut merupakan senarai nama individu-individu lain yang muncul dalam perbualan berkenaan.
1. Tan Sri Dzulkifli Ahmad
2. Tan Sri Gani Patail
3. Tan Sri Apandi Ali
4. Tan Sri Abu Kassim
5. Azreez Rahim
6. Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman
7. Datuk Suboh Md Yasin
8. Nik Faisal Ariff Kamil
9. Datuk Abdul Aziz Ismail
10. Tan Sri Shukri
11. Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan (Putera Mahkota UAE di Abu Dhabi)
14. Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan
15. Khaldoon Al-Mubarak (Ketua Eksekutif Mubadala Development Company)
16. Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan (Presiden UAE)
17. Riza Aziz
18. Amhari Efendi Nazaruddin
19. Azwan (Azwan Bro)
Untuk membaca artikel lain berkaitan politik Malaysia, sila klik pada pautan di bawah: