Anda percaya tak bila ada orang cakap yang lidah pun ada keupayaan menghidu seperti hidung? Pelik bin ajaib betul.

Baru-baru ini, ada kajian yang mendapati bahawa kita semua boleh menghidu sesuatu dengan menggunakan lidah memandangkan ia juga mempunyai deria bau yang selama ini terdapat dalam hidung.

Apabila penemuan ini tular, ramai yang mempersoalkan interaksi antara bau dan rasa mungkin bermula pada lidah dan bukannya otak seperti yang kita semua belajar dalam subjek Sains di sekolah sebelum ini.

Menurut Dr Mehmet Hakan Ozdener yang merupakan seorang penyelidik dari Pusat Deria Kimia Monell, menerusi kajian yang mereka jalankan, terdapat tindak balas terhadap molekul bau sama seperti sel reseptor bau.

Kesahihan maklumat ini masih belum dapat ditentukan. Sama-sama kita semua nantikan kajian daripada saintis lain sama ada betul atau tidak yang manusia boleh bau sesuatu menerusi lidah.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda