Sariyanti Dan Jep Sepahtu Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon Sariyanti mengumumkan dia sedang hamil enam bulan dan bakal menimang cahaya mata keduanya bersama pelawak popular Jep Sepahtu .

Berita gembira berkenaan dikongsi Sariyanti menerusi laman sosial Instagram miliknya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ketiganya bersama Jep yang jatuh pada tanggal 25 Februari.

Menerusi posting di Instagram terbabit, Sariyanti atau nama sebenarnya Sari Yanti binti Mohamad Nazari sempat menitipkan kata-kata manis buat suami yang tercinta.

“Saya tidak kisah sama ada Jep berambut panjang atau pendek. Rasa sayangnya tetap sama dan hatinya sama. Tidak ada bezanya. Saya sayang awak suamiku. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga,” tulis Sariyanti.

Perkongsian aktres yang mula dikenali ramai selepas membintangi drama Kisah Kaisara itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mengirimkan doa buat pasangan selebriti itu.

Buat pengetahuan, Sariyanti dan suaminya, Jep atau nama penuhnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 2.

Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Sariyanti mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Pihak Lejen Press Digital mengucapkan tahniah kepada Sariyanti dan Jep selain mendoakan kesejahteraan keluarga itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti tanah air, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca