Program Sarapan Pagi (PSP) akan diteruskan oleh Kementerian Pendidikan seperti yang dijadualkan pada 20 Januari ini, namun dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan sahaja, kata Perdana Menteri yang juga Pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri lagi, adalah tidak adil jika PSP diberikan kepada pelajar daripada golongan kaya kerana mereka mempunyai makanan yang mencukupi di rumah.
“Kita akan teruskan yang ada sekarang dan kita akan tambah mereka yang berhak untuk dapat sarapan pagi,” kata Perdana Menteri selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di Kuala Lumpur pada hari ini.

Sebelum ini, PSP diumumkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.
Pada Disember tahun lalu, Kementerian Pendidikan memaklumkan pelaksanaan PSP fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari ini, membabitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari, yang dianggarkan menelan kos RM22 juta.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada pautan di bawah: